Posts

PANGGILAN UMRAH PERTAMAKU...MIMPI JADI NYATA

Bismillahirrahmanirrahim..... Lama tak bersiaran di blog ni. Sibuk memanglah sibuk...selagi kita hidup gtulah....sibuk memanjang. Tapi aku sentiasa berdoa semoga kesibukan ini tidak melalaikan diri mengingati akhirat yang kekal abadi. Oklah...dah baca kan tajuk kat atas tu....klu tak baca tajuk tak sahlahkan. Panggilan umrah pertamaku....mimpi jadi nyata. Kupanjatkan syukur pada Ilahi kerana dengan izinNya dimudahkan untuk aku dan keluarga mendaftarkan diri dan melakukan urusan umrah ini dengan senang dan mudah. Bercakap soal umrah ni ada story menarik aku nak cite. Lebih kurang bulan Jun 2017. Aku pernah bermimpi ke Mekah. Seingat aku 3 kali rasanya. Tapi mimpi yang last tu yang paling dekat dengan kaabah. First mimpi aku tengok kaabah jauh lg. macam dalam gambar gtu. Second pulak aku mimpi mendaki bukit di Mekah. Eh..camno tahu bukit kat Mekah pulak kan? Hehe ...sebab ramai yang aku tengok pakai telekong sembahyang. Masa ni aku dok kalut kejap waktu nak ambik air sembahyang s...

JUMAAT YANG BARAKAH

Image
Salam Jumaat... Lama tak update di blog ni. Kekangan masa dan aktiviti seharian membataskan diri di sini. Hari ni aku nak share pasal sebuah lagu nasyid "Menanti Di Barzakh". Tajukpun dah begitu menginsafkan apa lagi bait lagunya yang best dan menusuk kalbu. Betapa kita terlupa pd yang telah tiada. Pergi terlebih dahulu daripada kita. Betapa mereka merintih untuk pulang ke dunia nyata bg memperbaiki kesilapan diri. Termenung sejenak jiwa ini berfikir bahawa aku masih lagi berpijak di dunia nyata. Tapi seringkali mengbaikan tuntutan rohani yang sebenar. Lagu ini juga menceritakan kesepian di alam barzakh yg tak siapapun tahu. Dan sakitnya mati yg masih dirasai dan tak mahu ianya berulang sekali lagi. Oh Tuhan..takutnya saat membayangkan itu semua. Tambah lagi tiada persiapan kearah sebuah kematian. Maka tinggallah kita dalam kerugian. Merayu jasad pada roh untuk kembali, tapi jawapan tetap sepi maka benarlah apa yg dikatakan sebelum ini perihal kematian. Sudah bersediakah ki...

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum.... Dah lama rasanya aku tak mencoret di sini. Bukan tak der masa atau tak ingat tapi ....entahla....cerita banyak tapi menulis malas...hahaha...apedaaaa Hari ni aku nak share pasal mimpi. Lebih kurang seminggu lepas aku bermimpi ke Mekah. Tengok kaabah dari jauh. Ramai orang tengah tawaf. Aku pulak duduk atas bukit sedang mendaki. Siap anak bongsu akupun ada jugak tapi tengah merajuk. Aku pulak siap membebel...bawa anak susah time2 dia merajuk nak kena pujuk. Ibu pulak bukan jenis manja2...tegas..garang...hehehehe... Tamat mimpi pertama (PETANG-TERTIDUR LEPAS SOLAT ASAR..LETIH SANGAT). Semalam...aku mimpi lagi. Tengok kaabah jugak. Tapi dekat sangat. Seingat aku ...aku tengah duduk. Rasa macam baru separuh aku tawaf. Berpaling ke kiri nampak sorang lelaki Arab pakai ihram tengah berjalan. Keadaan masa tu lengang jer. Aku pulak masa tu teringat arwah abah pernah cite dia sempat solat bawah corong emas masa kat sana. Aku pikir, aku berpeluang solat bawah tu sbb org...

Kembali Merancak...

Hai dah lama tak menulis di sini... Terlalu sibuk..sibuk hal dunia..hahaha.. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik. Semoga Allah Taala menambah kesihatan dan keberkatan sepanjang masa. Aminnn... Sekarang dalam mood nak betulkan pemakanan harian. Kenapa ek??? Sebab umur dah makin tua weiii.... Sekarang ni ramai yang meninggal masa umur masih muda...Ya ajal dan maut tu Tuhan tentukan. Tapi sebagai manusia yang diberikan akal dan kemudahan maka kita wajar mencari alternatif menjaga kesihatan kan! Makan ni susah sikit nak kontrol kan. Ye lah...makanannya macam-macam...sedap-sedap pulak tu. Dalam kesedapan tu ada banyak bahaya. Makanan sekarang sume cepat dan segera. Kesihatan tu belakang kira.  Agaknya hari ni dah sedar kot. Eh!! Luper sebenarnya dah lama sedar tapi ikrar sering diingkar. Pastu salahkan diri sendiri.  Jomlah kita transformasikan diri menjadi lebih sihat untuk meningkatkan lagi ketaqwaan kita pada Ilahi yer....insyaallah...amin..

Hari Yang Sangat Mengujakan...

Alhamdulillah... Hari ni terjawablah sudah soalan yg bermain dibenak fikiran kami sekeluarga. Anak kesayangan yg setia menanti kptusan peperiksaan harini boleh tersenyum gembira dgn kptsan yg beliau dapat.  Syukur padamu Tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang. Kakak, Trima ksih atas hadiah ini. Penat sungguh ummi mendidikmu tanpa jemu sejak kau kecil hingga seusia ini. Penat sungguh ummi mengharapkan dirimu berjaya nak. Tapi penat ini bukan bererti ummi merungut membesarkanmu. Bukan bererti ummi jemu. Tapi penat ini penat penuh bermakna. Kakak, Ummi tahu, kakak juga penat saban hari mendengar leteran demi leteran, teguran demi teguran. Segalanya untuk kau tahu bahawa ummi mengharapkan dirimu berjaya dunia dan akhirat... Bila kau berjaya, ummi seakan tidak percaya. Sungguh ummi katakan kau anak yang taat. Mungkin ketaatanmu terhadap ibu dan bapa memberikan rahmat maha besar dari Ilahi. Trima ksih Allah kerana menganugerahkan anak2 ini untuk kami. Luahan ini untukmu yan...
Image
GLUCOS CUT TEA  atau Teh Sekat Gula adalah mengandungi 100% bahan herba semula jadi. Mengadaptasikan konsep "Herbal Tea Formula", dengan menawarkan pendekatan yang komprehensif untuk menyekat lemak dan penyerapan gula berlebihan serta menguatkan sistem penghadaman perut.  Kaedah ini akan membantu untuk menghentikan kesan dahaga akibat kepanasan, melegakan keletihan serta membantu menstabilkan glukosa darah.  Glukos Cut sesuai untuk mereka yang mengambil berat tentang gula darah, masalah kegemukan dan bagi mereka yang kurang bersenam. Merupakan penawar terbaik untuk mengatasi masalah kencing manis atau diabetis serta mengatasi dan mengawal masalah obesiti. Khasiat Dan Kelebihan GC TEA GLUCOS CUT mengandungi herba yang mempunyai "bukti saintifik terbaik" mengikut apa yang dirumuskan oleh National Library of Medicine (NLM) dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). Antaranya ramuan utama dan kelebihannya: Teh hijau - mengandungi  EGCG  yang kaya...

PRODUK GLUCOS CUT TEA UNTUK KESIHATAN TERBAIK

Image
  GLUCOS CUT mengandungi herba yang mempunyai "bukti saintifik terbaik" mengikut apa yang dirumuskan oleh National Library of Medicine (NLM) dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). Antaranya ramuan utama dan kelebihannya: Teh hijau - mengandungi  EGCG  yang kaya antiokisda. Blok tindakan enzim yang dikenali sebagai alfa-amilase berupaya memecah karbohidrat kepada gula ringkas  yang membentuk tenaga untuk digunakan oleh tubuh badan. Selain itu, teh hijau juga terkenal dengan kelebihannya untuk meningkatkan metabolisme badan serta mempercepatkan proses penghadaman supaya lemak-lemak tidak dapat terkumpul. Juga berupaya mengawal dan merendahkan tahap kolesterol dan anti-kanser. Gymnema sylvestre - Herba yang amat dikenali sebagai "Wonder Herb For Diabetics" atau pemusnah gula.  Asid Gymnemic mengisi lokasi reseptor pada selera kita dengan menghalang rasa manis makanan sekali gus membendung keinginan 'ketagihan' gula dan selera makan. Mem...