Posts

Showing posts from 2017

PANGGILAN UMRAH PERTAMAKU...MIMPI JADI NYATA

Bismillahirrahmanirrahim..... Lama tak bersiaran di blog ni. Sibuk memanglah sibuk...selagi kita hidup gtulah....sibuk memanjang. Tapi aku sentiasa berdoa semoga kesibukan ini tidak melalaikan diri mengingati akhirat yang kekal abadi. Oklah...dah baca kan tajuk kat atas tu....klu tak baca tajuk tak sahlahkan. Panggilan umrah pertamaku....mimpi jadi nyata. Kupanjatkan syukur pada Ilahi kerana dengan izinNya dimudahkan untuk aku dan keluarga mendaftarkan diri dan melakukan urusan umrah ini dengan senang dan mudah. Bercakap soal umrah ni ada story menarik aku nak cite. Lebih kurang bulan Jun 2017. Aku pernah bermimpi ke Mekah. Seingat aku 3 kali rasanya. Tapi mimpi yang last tu yang paling dekat dengan kaabah. First mimpi aku tengok kaabah jauh lg. macam dalam gambar gtu. Second pulak aku mimpi mendaki bukit di Mekah. Eh..camno tahu bukit kat Mekah pulak kan? Hehe ...sebab ramai yang aku tengok pakai telekong sembahyang. Masa ni aku dok kalut kejap waktu nak ambik air sembahyang s...

JUMAAT YANG BARAKAH

Image
Salam Jumaat... Lama tak update di blog ni. Kekangan masa dan aktiviti seharian membataskan diri di sini. Hari ni aku nak share pasal sebuah lagu nasyid "Menanti Di Barzakh". Tajukpun dah begitu menginsafkan apa lagi bait lagunya yang best dan menusuk kalbu. Betapa kita terlupa pd yang telah tiada. Pergi terlebih dahulu daripada kita. Betapa mereka merintih untuk pulang ke dunia nyata bg memperbaiki kesilapan diri. Termenung sejenak jiwa ini berfikir bahawa aku masih lagi berpijak di dunia nyata. Tapi seringkali mengbaikan tuntutan rohani yang sebenar. Lagu ini juga menceritakan kesepian di alam barzakh yg tak siapapun tahu. Dan sakitnya mati yg masih dirasai dan tak mahu ianya berulang sekali lagi. Oh Tuhan..takutnya saat membayangkan itu semua. Tambah lagi tiada persiapan kearah sebuah kematian. Maka tinggallah kita dalam kerugian. Merayu jasad pada roh untuk kembali, tapi jawapan tetap sepi maka benarlah apa yg dikatakan sebelum ini perihal kematian. Sudah bersediakah ki...

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum.... Dah lama rasanya aku tak mencoret di sini. Bukan tak der masa atau tak ingat tapi ....entahla....cerita banyak tapi menulis malas...hahaha...apedaaaa Hari ni aku nak share pasal mimpi. Lebih kurang seminggu lepas aku bermimpi ke Mekah. Tengok kaabah dari jauh. Ramai orang tengah tawaf. Aku pulak duduk atas bukit sedang mendaki. Siap anak bongsu akupun ada jugak tapi tengah merajuk. Aku pulak siap membebel...bawa anak susah time2 dia merajuk nak kena pujuk. Ibu pulak bukan jenis manja2...tegas..garang...hehehehe... Tamat mimpi pertama (PETANG-TERTIDUR LEPAS SOLAT ASAR..LETIH SANGAT). Semalam...aku mimpi lagi. Tengok kaabah jugak. Tapi dekat sangat. Seingat aku ...aku tengah duduk. Rasa macam baru separuh aku tawaf. Berpaling ke kiri nampak sorang lelaki Arab pakai ihram tengah berjalan. Keadaan masa tu lengang jer. Aku pulak masa tu teringat arwah abah pernah cite dia sempat solat bawah corong emas masa kat sana. Aku pikir, aku berpeluang solat bawah tu sbb org...