Alhamdulillah...
Hari ni terjawablah sudah soalan yg bermain dibenak fikiran kami sekeluarga. Anak kesayangan yg setia menanti kptusan peperiksaan harini boleh tersenyum gembira dgn kptsan yg beliau dapat. Syukur padamu Tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang.
Kakak,
Trima ksih atas hadiah ini. Penat sungguh ummi mendidikmu tanpa jemu sejak kau kecil hingga seusia ini. Penat sungguh ummi mengharapkan dirimu berjaya nak. Tapi penat ini bukan bererti ummi merungut membesarkanmu. Bukan bererti ummi jemu. Tapi penat ini penat penuh bermakna.
Kakak,
Ummi tahu, kakak juga penat saban hari mendengar leteran demi leteran, teguran demi teguran. Segalanya untuk kau tahu bahawa ummi mengharapkan dirimu berjaya dunia dan akhirat...
Bila kau berjaya, ummi seakan tidak percaya. Sungguh ummi katakan kau anak yang taat. Mungkin ketaatanmu terhadap ibu dan bapa memberikan rahmat maha besar dari Ilahi. Trima ksih Allah kerana menganugerahkan anak2 ini untuk kami.
Luahan ini untukmu yang setia di sisi saat susah mahupun senang. Kau semakin dewasa dan kelak akan pergi meninggalkan kami demi tanggugjawab yang tergalas di bahumu. Doa kami sentiasa bersamamu nak. Menuntutlah ilmu selagi termampu. Ummi pasti akan merinduimu...sejahteralah anakku dalam dakapan restu dan rahmat Ilahi...aminnn .....