Bismillahirrahmanirrahim.....
Lama tak bersiaran di blog ni. Sibuk memanglah sibuk...selagi kita hidup gtulah....sibuk memanjang. Tapi aku sentiasa berdoa semoga kesibukan ini tidak melalaikan diri mengingati akhirat yang kekal abadi.
Oklah...dah baca kan tajuk kat atas tu....klu tak baca tajuk tak sahlahkan. Panggilan umrah pertamaku....mimpi jadi nyata.
Kupanjatkan syukur pada Ilahi kerana dengan izinNya dimudahkan untuk aku dan keluarga mendaftarkan diri dan melakukan urusan umrah ini dengan senang dan mudah. Bercakap soal umrah ni ada story menarik aku nak cite.
Lebih kurang bulan Jun 2017. Aku pernah bermimpi ke Mekah. Seingat aku 3 kali rasanya. Tapi mimpi yang last tu yang paling dekat dengan kaabah. First mimpi aku tengok kaabah jauh lg. macam dalam gambar gtu. Second pulak aku mimpi mendaki bukit di Mekah. Eh..camno tahu bukit kat Mekah pulak kan? Hehe ...sebab ramai yang aku tengok pakai telekong sembahyang. Masa ni aku dok kalut kejap waktu nak ambik air sembahyang sebab bimbang fiirkan Izzah anak bongsuku merayap entah kemana. Pastu siap boleh membebel pulak bagitahu...susahlah bawa budak kecik ni nak buat umrah sebab hati bimbang dia merayap merata. Stop mimpi second. Then...third plk....mimpi yang sangat jelas dan pendek. Mimpi berada depan betul2 kaabah masa tu. Orang tak ramai sangat. Lepastu muka berpaling ke kiri kejap then nampak sorang mamat arab pakai ihram sedang berjalan ke arah aku. Kemudian tersedar.
Sebenarnya dalam bulan Januari 2017 aku tak berapa sihat. Dapat masalah jantung berdebar dan sekarang pun sedang dalam pemantauan pakar. Doktor cakap bukan sebab masalah jantung tapi mungkin kesan dari masalah tidur aku yg sleep apnea dan berdengkur membuatkan oksigen kurang ke jantung. Jika tak rawat maka nanti tua akan dapat penyakit lemah jantung....tu kata doktorlah..aku tak kata camtu sebab aku doa nak hidup sihat ke akhirhayat....aminnnnn.... Kat sini juga aku dapat pulak jumpa Pakar ENT. Doktor cakap nak operate hidung sbb dia kata tulang hidung cam bengkok sikit (aku tengok ok jer). Tapi aku tak mau operate. Jadi doktor cadangkan try kurangkan berat badan dl. So, sekarang ni aku berusaha turunkan berat... Berat sebelum 81kg. Sekarang 77kg. Sikit jer turun mungkin sebab faktor umur kot. Aku ni bukan muda lagi. Dari kesihatan yang tak berapa elok tu hati aku fikir macam2. Gula dalam badanpundah nampak Pra2 nak kencing manis....takutttttt.... Aku juga banyak mendekat diri denganNya. Selalu aku bagitahu suami suh simpan duit cepat2 nak buat umrah. Kalau boleh tahun ni jugak. Dia buat sempoi jer...cakap insyaAllah. Tapi simpanan camtu gak...huhuu
Nak dijadikan cerita, bulan Oktober 2017, mak mertua daftar nak pi umrah bulan Disember 2017. Dia ajak sekali anak2 dia untuk turut serta. Suami aku pulak bersemangat betul nak gi la la tu jugak. Hah! semangat bak hangg...Dia ajak aku sekali. Masa tu duit pulak alhamdulillah..ngam2. Perlawaan pertama aku tolak sebab cam tak caya..yer ke aku nak gi buat umrah ni. Sedangkan sebelum ni aku yg beriya iya lebih dari dia. Last2 dia pulak yang bersemangat lebih dari aku...dah kenapa kau Za???
Aku takut sebenarnya..macam2 aku pikir. Kerja, anak2...kelas umrah lagi....macam2lah. First time mungkin sume gtu kot. Hati berkobar kobar nak pi tapi perasaan bimbang tu ada. Tambah lagi ilmu yg cetek ni. Sempat ker nak belajar? Tapi perancangan Allah itu lagi hebat. Aku terima juga. Lagipun ramai yang pergi. Selain mak mertua dan suami, kakak ipar, adik ipar, bekas kakak ipar, anak saudara dan jiran terdekat pun pergi jugak. Tambah lagi dapat gi ngan adik ipar yang dah ada pengalaman buat haji dan umrah...insyaAllah dapat membantu kami yang pertama kali pergi.
Bercakap pasal mimpi tadi....mungkin Allah nak bagi gambaran yang aku akan ke Mekah tahun ni jugak...alhamdulillah....Tarikh bertolak ke Mekah pun 2 kali juga tukar. Dari 12.12 tukar jadi 18.12 dan last 23.12. Takpelah...rezeki ni milik Allah. Kita hanya mampu berdoa selebihnya Allah yang tentukan.
Banyak yang aku fikirkan. Dengan ilmu yang secetek ini aku berharap sangat agar Allah Taala menerima umrah kami dan dapat umrah yang mabrur. Aku juga harapkan agar perjalanan ini membawa perubahan yang lebih baik dalam hidupku menuju jalanNya.
Untuk anak2ku....semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah.
Untuk ibuku...Azizah Che Awang....terima kasih ma kerana sanggup menjaga anak2 kak sepanjang umrah ni. Pengorbanan ma tak dapat kak balas. Kak doakan tahun depan ada lagi rezeki kita untuk ke sana.....aminnnnn
Monday, 18 December 2017
Thursday, 12 October 2017
JUMAAT YANG BARAKAH
Lama tak update di blog ni. Kekangan masa dan aktiviti seharian membataskan diri di sini. Hari ni aku nak share pasal sebuah lagu nasyid "Menanti Di Barzakh". Tajukpun dah begitu menginsafkan apa lagi bait lagunya yang best dan menusuk kalbu.
Betapa kita terlupa pd yang telah tiada. Pergi terlebih dahulu daripada kita. Betapa mereka merintih untuk pulang ke dunia nyata bg memperbaiki kesilapan diri. Termenung sejenak jiwa ini berfikir bahawa aku masih lagi berpijak di dunia nyata. Tapi seringkali mengbaikan tuntutan rohani yang sebenar.
Lagu ini juga menceritakan kesepian di alam barzakh yg tak siapapun tahu. Dan sakitnya mati yg masih dirasai dan tak mahu ianya berulang sekali lagi. Oh Tuhan..takutnya saat membayangkan itu semua. Tambah lagi tiada persiapan kearah sebuah kematian. Maka tinggallah kita dalam kerugian. Merayu jasad pada roh untuk kembali, tapi jawapan tetap sepi maka benarlah apa yg dikatakan sebelum ini perihal kematian.
Sudah bersediakah kita semua untuk menempuh kematian? Jika masih belum bersedia maka persiapkan diri kearah itu kerana hidup ini terlalu singkat....
Pujian untuk penasyid lagu ni yang punya suara sedap. Alhamdulillah...semoga sentiasa berdakwah kearah kebaikan.
Wednesday, 8 February 2017
Cerita Hari Ini
Assalamualaikum....
Dah lama rasanya aku tak mencoret di sini. Bukan tak der masa atau tak ingat tapi ....entahla....cerita banyak tapi menulis malas...hahaha...apedaaaa
Hari ni aku nak share pasal mimpi. Lebih kurang seminggu lepas aku bermimpi ke Mekah. Tengok kaabah dari jauh. Ramai orang tengah tawaf. Aku pulak duduk atas bukit sedang mendaki. Siap anak bongsu akupun ada jugak tapi tengah merajuk. Aku pulak siap membebel...bawa anak susah time2 dia merajuk nak kena pujuk. Ibu pulak bukan jenis manja2...tegas..garang...hehehehe... Tamat mimpi pertama (PETANG-TERTIDUR LEPAS SOLAT ASAR..LETIH SANGAT).
Semalam...aku mimpi lagi. Tengok kaabah jugak. Tapi dekat sangat. Seingat aku ...aku tengah duduk. Rasa macam baru separuh aku tawaf. Berpaling ke kiri nampak sorang lelaki Arab pakai ihram tengah berjalan. Keadaan masa tu lengang jer. Aku pulak masa tu teringat arwah abah pernah cite dia sempat solat bawah corong emas masa kat sana. Aku pikir, aku berpeluang solat bawah tu sbb org tak ramai. Tersedar. TAMAT.(SUBUH).
Lalu akupun menggoogle lah cari maksaud kan...macam2. Tapi banyak yang baik aku baca. Kemudian terfikir plk aku nak tanya bos aku kot2 la dia tahukan. Emmm.....diapun bagitahu tak pandai sangat tapi bolehla...
Dari cerita aku tu...dia bgtahu kena lihat dari warna fan objek. Objek memang jelas kaabah. Maksudnya ape yang aku tengah niatkan atau amalkan sekarang....Yer..aku memang berniat dan pasang angan-angan nak ke Mekah ms umur muda ni ngan suami. Jadi kalau dah ada kemampuan maka kenalah usaha ke arah itu. Pasal anak aku pulak...dia cakap dalam nak realisasikan maksud tu ada halangan (anak). Mungkin nak cari pengasuh kan. Tapi halangan tu kecil jer. Tinggal lagi persiapkan diri ke arah tu...
Lama termenung....yer jugakkan....klu ikutkan nak cukupkan duit sampai bila nak cukup. Ade aje benda nak dibuatnya dengan duit simpan kan.
Tambah lagi termenung kes semalam. Hampir2 accident. Tapi aku yakin...sebab masa tu aku tengah baca ayat2 al quraan maka Allah Taala selamatkan aku dan anak. Jadi moralnya....di mana saja kita berada kena sentiasa ingat Dia. Tambah2 lagi di atas jalan raya. Teringat kes tu kecut perut aku...huhuhu

Subscribe to:
Posts (Atom)