Thursday, 12 October 2017

JUMAAT YANG BARAKAH

Salam Jumaat...

Lama tak update di blog ni. Kekangan masa dan aktiviti seharian membataskan diri di sini. Hari ni aku nak share pasal sebuah lagu nasyid "Menanti Di Barzakh". Tajukpun dah begitu menginsafkan apa lagi bait lagunya yang best dan menusuk kalbu.

Betapa kita terlupa pd yang telah tiada. Pergi terlebih dahulu daripada kita. Betapa mereka merintih untuk pulang ke dunia nyata bg memperbaiki kesilapan diri. Termenung sejenak jiwa ini berfikir bahawa aku masih lagi berpijak di dunia nyata. Tapi seringkali mengbaikan tuntutan rohani yang sebenar.

Lagu ini juga menceritakan kesepian di alam barzakh yg tak siapapun tahu. Dan sakitnya mati yg masih dirasai dan tak mahu ianya berulang sekali lagi. Oh Tuhan..takutnya saat membayangkan itu semua. Tambah lagi tiada persiapan kearah sebuah kematian. Maka tinggallah kita dalam kerugian. Merayu jasad pada roh untuk kembali, tapi jawapan tetap sepi maka benarlah apa yg dikatakan sebelum ini perihal kematian.

Sudah bersediakah kita semua untuk menempuh kematian? Jika masih belum bersedia maka persiapkan diri kearah itu kerana hidup ini terlalu singkat....


Pujian untuk penasyid lagu ni yang punya suara sedap. Alhamdulillah...semoga sentiasa berdakwah kearah kebaikan.