Monday, 18 December 2017

PANGGILAN UMRAH PERTAMAKU...MIMPI JADI NYATA

Bismillahirrahmanirrahim.....

Lama tak bersiaran di blog ni. Sibuk memanglah sibuk...selagi kita hidup gtulah....sibuk memanjang. Tapi aku sentiasa berdoa semoga kesibukan ini tidak melalaikan diri mengingati akhirat yang kekal abadi.

Oklah...dah baca kan tajuk kat atas tu....klu tak baca tajuk tak sahlahkan. Panggilan umrah pertamaku....mimpi jadi nyata.

Kupanjatkan syukur pada Ilahi kerana dengan izinNya dimudahkan untuk aku dan keluarga mendaftarkan diri dan melakukan urusan umrah ini dengan senang dan mudah. Bercakap soal umrah ni ada story menarik aku nak cite.

Lebih kurang bulan Jun 2017. Aku pernah bermimpi ke Mekah. Seingat aku 3 kali rasanya. Tapi mimpi yang last tu yang paling dekat dengan kaabah. First mimpi aku tengok kaabah jauh lg. macam dalam gambar gtu. Second pulak aku mimpi mendaki bukit di Mekah. Eh..camno tahu bukit kat Mekah pulak kan? Hehe ...sebab ramai yang aku tengok pakai telekong sembahyang. Masa ni aku dok kalut kejap waktu nak ambik air sembahyang sebab bimbang fiirkan Izzah anak bongsuku merayap entah kemana. Pastu siap boleh membebel pulak bagitahu...susahlah bawa budak kecik ni nak buat umrah sebab hati bimbang dia merayap merata. Stop mimpi second. Then...third plk....mimpi yang sangat jelas dan pendek. Mimpi berada depan betul2 kaabah masa tu. Orang tak ramai sangat. Lepastu muka berpaling ke kiri kejap then nampak sorang mamat arab pakai ihram sedang berjalan ke arah aku. Kemudian tersedar.

Sebenarnya dalam bulan Januari 2017 aku tak berapa sihat. Dapat masalah jantung berdebar dan sekarang pun sedang dalam pemantauan pakar. Doktor cakap bukan sebab masalah jantung tapi mungkin kesan dari masalah tidur aku yg sleep apnea dan berdengkur membuatkan oksigen kurang ke jantung. Jika tak rawat maka nanti tua akan dapat penyakit lemah jantung....tu kata doktorlah..aku tak kata camtu sebab aku doa nak hidup sihat ke akhirhayat....aminnnnn.... Kat sini juga aku dapat pulak jumpa Pakar ENT. Doktor cakap nak operate hidung sbb dia kata tulang hidung cam bengkok sikit (aku tengok ok jer). Tapi aku tak mau operate. Jadi doktor cadangkan try kurangkan berat badan dl. So, sekarang ni aku berusaha turunkan berat...  Berat sebelum 81kg. Sekarang 77kg. Sikit jer turun mungkin sebab faktor umur kot. Aku ni bukan muda lagi. Dari kesihatan yang tak berapa elok tu hati aku fikir macam2. Gula dalam badanpundah nampak Pra2 nak kencing manis....takutttttt.... Aku juga banyak mendekat diri denganNya. Selalu aku bagitahu suami suh simpan duit cepat2 nak buat umrah. Kalau boleh tahun ni jugak. Dia buat sempoi jer...cakap insyaAllah. Tapi simpanan camtu gak...huhuu

Nak dijadikan cerita, bulan Oktober 2017, mak mertua daftar nak pi umrah bulan Disember 2017. Dia ajak sekali anak2 dia untuk turut serta. Suami aku pulak bersemangat betul nak gi la la tu jugak. Hah! semangat bak hangg...Dia ajak aku sekali. Masa tu duit pulak alhamdulillah..ngam2. Perlawaan pertama aku tolak sebab cam tak caya..yer ke aku nak gi buat umrah ni. Sedangkan sebelum ni aku yg beriya iya lebih dari dia. Last2 dia pulak yang bersemangat lebih dari aku...dah kenapa kau Za???

Aku takut sebenarnya..macam2 aku pikir. Kerja, anak2...kelas umrah lagi....macam2lah. First time mungkin sume gtu kot. Hati berkobar kobar nak pi tapi perasaan bimbang tu ada. Tambah lagi ilmu yg cetek ni. Sempat ker nak belajar? Tapi perancangan Allah itu lagi hebat. Aku terima juga. Lagipun ramai yang pergi. Selain mak mertua dan suami, kakak ipar, adik ipar, bekas kakak ipar, anak saudara dan jiran terdekat pun pergi jugak. Tambah lagi dapat gi ngan adik ipar yang dah ada pengalaman buat haji dan umrah...insyaAllah dapat membantu kami yang pertama kali pergi.

Bercakap pasal mimpi tadi....mungkin Allah nak bagi gambaran yang aku akan ke Mekah tahun ni jugak...alhamdulillah....Tarikh bertolak ke Mekah pun 2 kali juga tukar. Dari 12.12 tukar jadi 18.12 dan last 23.12.  Takpelah...rezeki ni milik Allah. Kita hanya mampu berdoa selebihnya Allah yang tentukan.

Banyak yang aku fikirkan. Dengan ilmu yang secetek ini aku berharap sangat agar Allah Taala menerima umrah kami dan dapat umrah yang mabrur. Aku juga harapkan agar perjalanan ini membawa perubahan yang lebih baik dalam hidupku menuju jalanNya.

Untuk anak2ku....semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah.
Untuk ibuku...Azizah Che Awang....terima kasih ma kerana sanggup menjaga anak2 kak sepanjang umrah ni. Pengorbanan ma tak dapat kak balas. Kak doakan tahun depan ada lagi rezeki kita untuk ke sana.....aminnnnn