Posts

Showing posts from 2025

KISAH UMRAH PERTAMAKU (LEBIH DETAIL) - PERJALANAN PENYUCIAN JIWAKU YANG KERDIL

  Bismillahirrahmaanirrahim.... Segala puji bagi Allah yang Masa Esa. Setelah lama menyepi...bukan kerana merajuk tapi kerana terlupa dengan blog ni dan hambatan masa yang sangat sibuk membuatkan gen menua aku semakin aktif😅. Dah banyak tahun rupanya tinggalkan blog ni menyepi. Dah bersawang wall nya...hahaha.. Cerita apa yer nak dikongsikan. Yer...cerita pasal UMRAH. Dulu aku dah pernah cerita pasal mimpi aku berada di Mekah. Alahamdulillah, umrah pertama ku aku lakukan pada usiaku 37 tahun. Bersama suami dan keluarga mertua, aku jalankan ibadah ini dengan penuh rasa bahagia. Mimpi jadi nyata... Planning last minit menjadi juga, dengan sokongan dan bantuan dari ahli keluarga aku, ibadah ini dipermudahkan.  Pertama kali menaiki kapal terbang membuatkan rasa di dada berbaur cemas dan teruja. Macam-macam aku fikir masa tu. Penerbangan ni bermula pada waktu malam di KLIA. Tak pernah lupa perjalanan yang pertama ni di ruang ingatan. Umrah ni aku dan keluarga sepakat menggunakan k...