KISAH UMRAH PERTAMAKU (LEBIH DETAIL) - PERJALANAN PENYUCIAN JIWAKU YANG KERDIL



 Bismillahirrahmaanirrahim....

Segala puji bagi Allah yang Masa Esa. Setelah lama menyepi...bukan kerana merajuk tapi kerana terlupa dengan blog ni dan hambatan masa yang sangat sibuk membuatkan gen menua aku semakin aktif😅. Dah banyak tahun rupanya tinggalkan blog ni menyepi. Dah bersawang wall nya...hahaha..

Cerita apa yer nak dikongsikan. Yer...cerita pasal UMRAH. Dulu aku dah pernah cerita pasal mimpi aku berada di Mekah. Alahamdulillah, umrah pertama ku aku lakukan pada usiaku 37 tahun. Bersama suami dan keluarga mertua, aku jalankan ibadah ini dengan penuh rasa bahagia. Mimpi jadi nyata... Planning last minit menjadi juga, dengan sokongan dan bantuan dari ahli keluarga aku, ibadah ini dipermudahkan. 

Pertama kali menaiki kapal terbang membuatkan rasa di dada berbaur cemas dan teruja. Macam-macam aku fikir masa tu. Penerbangan ni bermula pada waktu malam di KLIA. Tak pernah lupa perjalanan yang pertama ni di ruang ingatan. Umrah ni aku dan keluarga sepakat menggunakan khidmat syarikat Tiram Travel. Alhamdulillah...pilihan adik ipar adalah tepat, bersama dengan Tiram Travel. Kami pergi hujung tahun 2017 dan blik awal Januari 2018. Kami dapat duduk di Hotel Safwah di Mekah. Dekat sangat dengan dataran jam besar. Hotel ni banyak menyediakan kemudahan yang baik untuk penyewanya. Tapi kena beringat kalau dok kat sini, ujian mata 😂. Banyak betul kedai-kedai kat dalam tu, dia macam mall gitu. Jadi sebelum naik ke bilik kita memang akan melalui mall tu dulu. Bertabahlah...kuatkanlah semangat dan hati kalian menepis godaan ini😔.

Banyak kenangan mengusik jiwa di sini. Kebiasaan diri biasanya akan kita lakukan di sini. Tapi bergantung pada niat juga sebenarnya. Jadi sebelum pergi umrah, sucikan hati, betulkan niat dan berdoalah semoga segalanya dipermudahkan. Jangan lupa korek ilmu dalam-dalam...belajar dan belajar supaya senang masa kat sana.

Dari Mekah kami ke Madinah menggunakan bas yang pihak travel sediakan. Oh! Sebelum lupa..kat Mekah kami sempat buat 3 kali umrah. Mutawif masa tu Ustaz Hashim dari Kelantan tapi menetap di Melaka. Bagus orangnya.

Perjalanan ke Madinah mengambil masa yang agak lama. Dah luper berapa jam. Tapi lamalah..hahaha. Kami singgah di Musalla ape ke namanya, luper dah. Sembahyang kat situ. Dia macam RNR tp daif sangat keadaannya tak macam sekarang. Masih tak luper bau ayam goreng kat situ...masyaallah..wangi giler..Ambik bau jer tak beli sebab nak cepat-cepat naik bas.

Sampai di Madinah

Comments

Popular posts from this blog

PANGGILAN UMRAH PERTAMAKU...MIMPI JADI NYATA

Kembali Merancak...

Hari Yang Sangat Mengujakan...