Friday, 20 December 2013

Hello...
Hari ni feel aku santai jer...Hari cuti cam ni byak habiskan masa kat umah.
Hari ni suka aku nak kongsikan pasal telefon..aku nak let go Samsung Wonder dan Padphone kesayangan aku...
Huhuhu...
Kenapa? Sebab aku nak angkat Lenovo baru...
Cukup2 berkenan dengan adik aku punya. Lagipun Lenovo better batery dari yg lain. Dengan kata lain xyah cas2 acapkali. Hahaha....
Emm...nanti bila angkat yg baru aku akan poskan kat sini yer...bye..
Lenovo IdeaPhone S890 
Hah...yg ni model lain ...tp kasi tempek jugak ler sbb dia Lenovo...

Saturday, 7 December 2013

Pasal Perfume Best...

Hai sumer....

Hari ni aku nak citer pasal perfume.Kenapa ? Sebab aku mmg giler perfume.
Koleksi aku walau xbyk dan mengalahkan artis tp aku suker sbb aku beli yg mmg berbaloi untuk dipakai..
So,sini aku listkan perfume yg pernah aku grap. Ada yg masih berbaki dan ada yg dah kosong tingal botol jer...
  1. Estee Lauder Exotik ( bau sweet jer ) - Ni firts perfume mahal aku beli selain jenama Avontu. Kawan yg suggest...berbaloi untuk dimiliki.Pleasures Exotic Perfume by Estee Lauder
  2. Pretty Hot Elizabert ErdenPretty Hot  Elizabeth Arden for women
  3. Hypnose Lancome - Bau diacam misteri jer...
  4.  Hah...latest punya Gucci Flora ( tudung hitam tu ) - Aku beli dkat Bukit Kayu Hitam ms pi melawat aritu. Ni abang yg bwk rombongan tu suh try. Dia kata bau dia wangi. MMG WANGI wooo....Flora Perfume by Gucci

Monday, 25 November 2013

Hai...
Jumpa lagi kita....
Petang ni cuaca tenang jer...Penat yang amat membuatkan mata ni cepat jer terlelap...
Bangun2 jer trus tekan benda alah ni...
Hari ni nak kongsi sikit pasal telefon. aku cukup berkenan dengan LENOVO. Cam best jer review pasal benda ni di you tube. Tambah lagi adik kesayanganku bagitahu psal ketahanan telefon ni kelmarin...
Lo ni tengah dok bajet2 duit cukup ke idak nak merembat Lenovo ni. Dok pikir2 lagi ni model mana yg best antara K900, S820 atau P770. 
Kalau tanya pasal kegunaan harian biase2 jer. Bukan kaki gaming, atau untuk bisnes. Tp aku paling suka kalau dia dapat tgkap gambarcanti, video terang dan leh surf internet seadanya...
So, mana yang best agaknya yer...hehehehe....tengola nanti..
Eh..eh..luper lak...dalam koleksiku ada Nokia E71, Android China dan Samsung w. Nak baling kat maner koleksi ni...emmm...simpan wak kenangan kot...

Monday, 18 November 2013

Tips Untuk Kurus

Hari pertama
  • Anda boleh makan semua jenis buah-buahan kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilihlah yang sihat dan semula jadi (elakkan minuman bergas dan manis).
  • Jus tembikai merupakan minum yang mempunyai kalori paling rendah. Jadi, ia sangatlah digalakkan untuk minum. Selain itu, anda disarankan makan sup
  • Pengambilan nasi amat tidak digalakkan kerana nasi mengandungi jumlah karbohidrat yang sangat tinggi dan tidak sesuai untuk orang yang bediet.
Hari kedua
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Anda tidak digalakkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Menu untuk sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting, lupakan mentega dan mayonis. Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa tambahan.
Hari ketiga
  • Gabungkan makanan hari pertama dan hari kedua
  • Hari ketiga ni anda tak perlu ambil kentang dalam menu diet anda. Gantikan dengan benda lain.
Hari keempat
  • Untuk hari yang keempat, boleh makan pisang dan minum susu rendah lemak. Anda boleh ambil sebanyak mana yang boleh tetapi nasi tetap tidak digalakkan.
  • Sup dibenarkan ( semua jenis sup dibenarkan, tapi lebih elok kalau makan sup sayur je)
  • Ini merupakan hari yang agak berat dan tercabar tapi anda harus kuatkan semangat!
Hari kelima
  • Untuk hari yang kelima, anda bolehlah makan daging (ayam atau ikan sahaja)
  • Makan tomato segar sebanyak 6 biji (maksima)
  • Sup sayur dibenarkan (kurang lemak)
Hari keenam
  • Anda dibenarkan untuk makan stik. Segala jenis stik dibenarkan (yang halal je lah ye)
  • Sayur berdaun disarankan dalam menu.
  • Brokoli juga sangat digalakkan kerana ianya dapat mencegah kanser.
  • Anda dibenarkan untuk mengambil sup.
Hari ketujuh
  • Berita gembira untuk anda kerana anda dibenarkan untuk makan nasi TETAPI hanya beras perang dibenarkan.
  • Lengkapkan hidangan anda dengan jus buah segar tanpa gula tambahan.
  • Sup sayur, sup kentang, sup ayam boleh disertakan sekali dalam hidangan anda.

Aku hari ini...

Bulan yang penuh warna-warni...
Hehehe...cuti sekolah dah bermula..Tapi kerja tetap  kerja.
Bezanya...emmm...lebih santai dan releks.
Almaklumlah...budak2 dah takder...akupun banyak masa pada benda2 kreatif dalam kelas.
Hah satu lagi....hujan wooo...
Hari ni hujan jer memanjang... Kalau tahun lepas tengkujuh xjadi.
Tahun ni nampak gayanya cam nak banjir jer...
Apa-apapun aku suker...sejuk jer cuaca.
Teringat zaman budak-budak dulu....sweet memories..

Tuesday, 13 August 2013

Ikan Bawal Putih MAsak Stim




Bhn:

1 ekor bawal putih ukuran sederhana.
3 ulas bawang putih hiris dan goreng hingga garing ketepikan
5 biji cili padi potong kecil.
2 biji limau nipis ambil jusnya
2 inci halia potong halus
Kicap cair , 1sudu besar minyak bijan dan sedikit soohon.(rendam)

Cara2:

Tabur halia, bawang putih goreng cii padi juga soohon diatas ikan. Campur kicap cair bersama sedikit air juga minyak bijan
Tuang keatas ikan bersama jus limau nipis
Kukus lebih kurang 15 minit hingga masak

Hidang bersama bwg goreng juga daun ketumbar

Selamat mencuba
Ikan Bawal Putih Masak Stim

Bhn:

1 ekor bawal putih ukuran sederhana.
3 ulas bawang putih hiris dan goreng hingga garing ketepikan
5 biji cili padi potong kecil.
2 biji limau nipis ambil jusnya
2 inci halia potong halus
Kicap cair , 1sudu besar minyak bijan dan sedikit soohon.(rendam)

Cara2:

Tabur halia, bawang putih goreng cii padi juga soohon diatas ikan. Campur kicap cair bersama sedikit air juga minyak bijan
Tuang keatas ikan bersama jus limau nipis
Kukus lebih kurang 15 minit hingga masak

Hidang bersama bwg goreng juga daun ketumbar

Selamat mencuba

Resipi Sos Keju

1 sudu besar mentega
1 sudu besar gandum
1 ulas bawang putih
1/2 cawan krim / susu cair
3 keping keju cheddar
4 - 5 daun selasih ( tak der pun tak per )
Air ( 1/2 / 3/4 cawan )
Garam
Lada hitam

Cara membuatnya :-

Tumis bawang dengan butter dan lada hitam. Masuk tepung dan kacau lebih kuarang seminit. Masuk air dan susu. Biar mendidih baru masuk keju. Kacau hingga keju cair dan kauh pekat. Baru msuk garam. Siap.