Tumis bawang dengan butter dan lada hitam. Masuk tepung dan kacau lebih kuarang seminit. Masuk air dan susu. Biar mendidih baru masuk keju. Kacau hingga keju cair dan kauh pekat. Baru msuk garam. Siap.
Bismillahirrahmanirrahim..... Lama tak bersiaran di blog ni. Sibuk memanglah sibuk...selagi kita hidup gtulah....sibuk memanjang. Tapi aku sentiasa berdoa semoga kesibukan ini tidak melalaikan diri mengingati akhirat yang kekal abadi. Oklah...dah baca kan tajuk kat atas tu....klu tak baca tajuk tak sahlahkan. Panggilan umrah pertamaku....mimpi jadi nyata. Kupanjatkan syukur pada Ilahi kerana dengan izinNya dimudahkan untuk aku dan keluarga mendaftarkan diri dan melakukan urusan umrah ini dengan senang dan mudah. Bercakap soal umrah ni ada story menarik aku nak cite. Lebih kurang bulan Jun 2017. Aku pernah bermimpi ke Mekah. Seingat aku 3 kali rasanya. Tapi mimpi yang last tu yang paling dekat dengan kaabah. First mimpi aku tengok kaabah jauh lg. macam dalam gambar gtu. Second pulak aku mimpi mendaki bukit di Mekah. Eh..camno tahu bukit kat Mekah pulak kan? Hehe ...sebab ramai yang aku tengok pakai telekong sembahyang. Masa ni aku dok kalut kejap waktu nak ambik air sembahyang s...
Alhamdulillah... Hari ni terjawablah sudah soalan yg bermain dibenak fikiran kami sekeluarga. Anak kesayangan yg setia menanti kptusan peperiksaan harini boleh tersenyum gembira dgn kptsan yg beliau dapat. Syukur padamu Tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang. Kakak, Trima ksih atas hadiah ini. Penat sungguh ummi mendidikmu tanpa jemu sejak kau kecil hingga seusia ini. Penat sungguh ummi mengharapkan dirimu berjaya nak. Tapi penat ini bukan bererti ummi merungut membesarkanmu. Bukan bererti ummi jemu. Tapi penat ini penat penuh bermakna. Kakak, Ummi tahu, kakak juga penat saban hari mendengar leteran demi leteran, teguran demi teguran. Segalanya untuk kau tahu bahawa ummi mengharapkan dirimu berjaya dunia dan akhirat... Bila kau berjaya, ummi seakan tidak percaya. Sungguh ummi katakan kau anak yang taat. Mungkin ketaatanmu terhadap ibu dan bapa memberikan rahmat maha besar dari Ilahi. Trima ksih Allah kerana menganugerahkan anak2 ini untuk kami. Luahan ini untukmu yan...
Bismillahirrahmaanirrahim.... Segala puji bagi Allah yang Masa Esa. Setelah lama menyepi...bukan kerana merajuk tapi kerana terlupa dengan blog ni dan hambatan masa yang sangat sibuk membuatkan gen menua aku semakin aktif😅. Dah banyak tahun rupanya tinggalkan blog ni menyepi. Dah bersawang wall nya...hahaha.. Cerita apa yer nak dikongsikan. Yer...cerita pasal UMRAH. Dulu aku dah pernah cerita pasal mimpi aku berada di Mekah. Alahamdulillah, umrah pertama ku aku lakukan pada usiaku 37 tahun. Bersama suami dan keluarga mertua, aku jalankan ibadah ini dengan penuh rasa bahagia. Mimpi jadi nyata... Planning last minit menjadi juga, dengan sokongan dan bantuan dari ahli keluarga aku, ibadah ini dipermudahkan. Pertama kali menaiki kapal terbang membuatkan rasa di dada berbaur cemas dan teruja. Macam-macam aku fikir masa tu. Penerbangan ni bermula pada waktu malam di KLIA. Tak pernah lupa perjalanan yang pertama ni di ruang ingatan. Umrah ni aku dan keluarga sepakat menggunakan k...
Comments
Post a Comment