Monday, 18 November 2013

Tips Untuk Kurus

Hari pertama
  • Anda boleh makan semua jenis buah-buahan kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilihlah yang sihat dan semula jadi (elakkan minuman bergas dan manis).
  • Jus tembikai merupakan minum yang mempunyai kalori paling rendah. Jadi, ia sangatlah digalakkan untuk minum. Selain itu, anda disarankan makan sup
  • Pengambilan nasi amat tidak digalakkan kerana nasi mengandungi jumlah karbohidrat yang sangat tinggi dan tidak sesuai untuk orang yang bediet.
Hari kedua
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Anda tidak digalakkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Menu untuk sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting, lupakan mentega dan mayonis. Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa tambahan.
Hari ketiga
  • Gabungkan makanan hari pertama dan hari kedua
  • Hari ketiga ni anda tak perlu ambil kentang dalam menu diet anda. Gantikan dengan benda lain.
Hari keempat
  • Untuk hari yang keempat, boleh makan pisang dan minum susu rendah lemak. Anda boleh ambil sebanyak mana yang boleh tetapi nasi tetap tidak digalakkan.
  • Sup dibenarkan ( semua jenis sup dibenarkan, tapi lebih elok kalau makan sup sayur je)
  • Ini merupakan hari yang agak berat dan tercabar tapi anda harus kuatkan semangat!
Hari kelima
  • Untuk hari yang kelima, anda bolehlah makan daging (ayam atau ikan sahaja)
  • Makan tomato segar sebanyak 6 biji (maksima)
  • Sup sayur dibenarkan (kurang lemak)
Hari keenam
  • Anda dibenarkan untuk makan stik. Segala jenis stik dibenarkan (yang halal je lah ye)
  • Sayur berdaun disarankan dalam menu.
  • Brokoli juga sangat digalakkan kerana ianya dapat mencegah kanser.
  • Anda dibenarkan untuk mengambil sup.
Hari ketujuh
  • Berita gembira untuk anda kerana anda dibenarkan untuk makan nasi TETAPI hanya beras perang dibenarkan.
  • Lengkapkan hidangan anda dengan jus buah segar tanpa gula tambahan.
  • Sup sayur, sup kentang, sup ayam boleh disertakan sekali dalam hidangan anda.

No comments:

Post a Comment